Potret Hafiz Latiff

Tentang

Hafiz Latiff

Host. Perunding buku. Kurator kandungan. Pengasas beberapa rumah yang berputar sekitar buku dan komuniti pembaca.

Latar

Saya Mohammad Hafiz Abdul Latiff, lebih dikenali sebagai Hafiz Latiff atau Bangpis. Mula menulis sejak alumni Minggu Penulis Muda 2002, dan tak pernah berhenti sejak itu. Hidup saya berputar sekitar satu soalan, iaitu macam mana kita boleh buat lebih ramai orang Malaysia jatuh cinta dengan membaca, dan macam mana kita boleh bawa cerita kita keluar negara.

Jawapan kepada soalan tu bukan satu projek, tapi beberapa. Setiap satu cuba sentuh sudut yang berbeza.

Karya dan Pengiktirafan

Ventures

Pengasas bersama (dengan isteri, Sayidah Mu'izzah Kamarul Shukri) Legasi Oakheart sejak April 2012, sebuah rumah penerbitan yang turut mengendalikan Kafe Buku Oakheart (#KABO) sebagai ruang fizikal untuk komuniti sastera.

Turut mengasaskan Kuras Buku (komuniti pembaca), Rimau Rights (agensi hak penerbitan antarabangsa), dan Kelah Buku (himpunan aktivis dan peminat buku, kini diangkat sebagai program kebangsaan dalam Kota Baca 2026).

Presiden Persatuan Booktube Malaysia, yang menghimpunkan pencipta kandungan buku dalam talian.

Sorotan Antarabangsa

Pernah diundang menyertai beberapa program pertukaran budaya dan industri penerbitan:

Mewakili Malaysia di pelbagai festival termasuk Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL), Istanbul International Book Fair (IIBF), Singapore Writers Festival, dan Frankfurt Book Fair.

Media dan Penampilan

Muka tetap di pelbagai saluran TV dan media digital termasuk Astro Awani, TV Alhijrah, Bernama TV, Dialektika TV, dan program-program Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Host kepada podcast #SEMBANGPIS, penerbit Bicarawara, dan peneraju Silang Kata Podcast.

Filosofi kerja

Saya percaya cerita yang baik layak sampai kepada pembaca yang sesuai, tanpa mengira di mana cerita itu lahir. Pekerjaan saya adalah menjadi penghubung antara penulis, pembaca, industri, dan sempadan.

Kalau ada perbualan menarik berkenaan buku, sastera, atau industri penerbitan yang anda mahu mulakan, mari sembang.